Jumat, 06 April 2012

Sebelum Belajar Main Gitar


Sebenarnya anda tidak perlu ke kelas muzik semata-mata nak belajar main gitar. Anda tidak perlukan gitar yang terbaik sekali di dunia untuk pandai bermain gitar.

Sudah cukup anda mempunyai sebuah gitar akustik, ruang untuk bermain gitar, sebuah panduan bermain gitar dan anda boleh terus mula belajar main gitar.

Tetapi, sebelum tu, anda perlu tahu beberapa perkara sebelum mula belajar bermain gitar. Ini penting supaya anda dapat mengelakkan kesalahan dan kesilapan ketika bermain gitar.

Ok, straight to the point. Perkara yang perlu anda tahu sebelum belajar main gitar ialah:



1. Cara memegang gitar,
2. Cara bermain kord gitar,
3. Cara strumming gitar dan
4. Cara tune gitar

Saya akan terangkan setiap perkara ini di bawah. Teruskan membaca ya :)

1. Cara Memegang Gitar

Mungkin anda sudah tahu caranya dengan melihat artis atau kawan anda memegang gitar. Jadi, dalam bab ini saya akan terangkan secara ringkas.

Biasanya kebanyakkan orang menggunakan tangan kanan untuk bermain gitar tetapi ada segelintir orang lebih selesa dengan menggunakan tangan kiri.

Orang yang suka bermain dengan tangan kiri digelar sebagai kidal.

bermain gitar kanan dan kiri

Oleh kerana ramai yang bermain gitar dengan tangan kanan, saya akan lebih terangkan bagaimana bermain gitar dengan tangan kanan.

Jika anda seorang kidal, jangan risau. Caranya tetap sama. Cuma anda perlu terbalikkan gitar anda :)

cara memegang gitar

Di atas adalah contoh memegang gitar. Pastikan 'body' gitar tidak terlalu jauh dan tidak pula terlalu rapat dengan badan.

Yang penting tangan kanan dapat mencapai tali gitar dan memetik gitar dengan selesa.

Cara memegang 'neck' gitar pula seperti di bawah.

cara memegang neck gitar

Cara yang betul memegang 'neck' gitar adalah tidak menggenggam 'neck' gitar. Tapi saya lihat masih ramai yang suka menggenggam 'neck' gitar semasa bermain gitar. Tak tahu kenapa. Maybe penyakit kot :)

Menggenggam 'neck' gitar akan menyusahkan anda semasa bermain kord yang menggunakan tali gitar yang paling bawah seperti kord D.

Jadi, pastikan anda tidak menggenggam 'neck' semasa bermain gitar.

Mengenai gaya memegang gitar, secara rasminya ada tiga gaya memegang gitar iaitu gaya duduk kasual, gaya duduk klasik dan gaya berdiri.

Di bawah adalah contoh-contoh gaya memegang gitar secara rasmi.

gaya rasmi

Gaya duduk kasual: Gaya ini paling popular. Gaya ini nampak lebih rileks dan santai. Sesuai untuk orang yang baru belajar main gitar. Caranya adalah meletak 'body' gitar di atas peha kanan.

Gaya duduk klasik: Caranya meletakkan 'body' gitar di atas peha kiri. Gitar akan lebih condong berbanding gaya duduk kasual. Kelebihan gaya ini adalah mudah untuk bermain kord gitar.

Gaya berdiri: Biasanya gaya ini digunakan ketika membuat persembahan di atas pentas (..atau tak de kerusi :)..) Untuk menggunakan gaya ini anda perlu menggunakan 'strap' atau tali untuk menyokong gitar daripada terjatuh.

Ada 2 gaya lagi yang cukup popular. Gaya ini dikenali sebagai gaya tak rasmi iaitu gaya duduk bersila dan gaya duduk bersilang. Konsepnya sama seperti 3 gaya rasmi di atas.

Anda boleh pilih mana-mana gaya yang anda suka janji anda berasa selesa dan nampak bergaya :)

gaya tak rasmi

2. Cara Bermain Kord Gitar

Ada lebih 40 ribu jenis kord gitar yang dicatatkan dan lebih 450 juta kord gitar dapat dimainkan. Banyakkan? Jangan risau ini hanya fakta semata-mata.

Yang wajib anda ketahui hanya 14 kord sahaja iaitu 7 kord minor dan 7 kord major.

Sebelum tu anda perlu tahu membaca kord gitar dan cara bermain kord gitar. Di bawah saya akan terangkan bagaimana caranya. Saya ambil contoh kord C.

contoh kord C

Nombor 1,2,3 dan 4 mewakili setiap jari. Simbol "0" adalah tali yang tidak perlu meletakkan jari tetapi perlu dipetik semasa bermain kord. Simbol "X" pula adalah tali yang tidak perlu dipetik.

Cara bermain kord C adalah letakkan jari 1 di tali 5 di fret 1, jari 2 di tali 3 di fret 2 dan jari 3 di tali 2 di fret 3. Jika anda mempunyai gitar sekarang, anda akan nampak rupa sebenar kord C seperti di atas.

Kemudian petik dari tali 2 hingga ke tali 6. Anda akan dapat mendengar bunyi sebenar kord C yang merdu :)

Untuk kord gitar yang lain, caranya sama seperti di atas. Anda boleh rujuk kord gitar yang lain di panduan belajar gitar anda.

Cara mudah menghafal kord gitar

Susah menghafal kord gitar adalah perkara biasa. Saya tidak pernah jumpa lagi seseorang yang dapat menghafal ke semua kord gitar dalam masa satu hari. Jika ada, orang itu memang seorang yang genius :)

Cara cepat menghafal kord gitar adalah membuat latihan berulang-ulang. Latihan gitar ibarat membuat latihan matematik. Makin kerap anda berlatih makin cekap anda bermain gitar.

Cara saya untuk menghafal kord gitar adalah berlatih dengan memainkan sebuah lagu yang menggunakan kord yang mudah. Contohnya lagu Ella & Korie, Pergilah Sayang

kord gitar pergilah sayang

Anda perasan tak kord lagu ini menggunakan kord yang berulang-ulang. Ini lah cara yang terbaik untuk menghafal kord gitar.

Selepas anda menguasai lagu ini cuba cari lagu lain yang menggunakan kord gitar yang berlainan.

Saya pasti anda mesti dapat menghafal kord gitar dengan menggunakan teknik ini.

3. Cara Strumming Gitar

Strumming adalah cara untuk menghasilkan rhythm, irama atau rentak gitar yang tempo masanya sama dengan kebanyakkan lagu. Ada 8 kali petikkan gitar dan ditambah 1 kali petikan pada permulaan untuk menghasilkan strumming yang sempurna iaitu:

down -- down -- down,up,down,up,up,down,up (down= petikan gitar dari atas ke bawah, up= petikan gitar dari bawah ke atas)

Strumming terbahagi kepada 2 rentak iaitu:

Rentak 1: down -- down -- down,up,down,up,up,down,up (9 kali petikan)
Rentak ke 2 dan seterusnya: down -- down,up,down,up,up,down,up (8 kali petikan)

4. Cara Tune Gitar

Tune gitar lari adalah perkara biasa. Tune lari disebabkan tali gitar yang sudah rengang atau gitar terjatuh.

Apabila tune lari, gitar akan menghasilkan bunyi yang pelik dan tidak sedap didengar.

Cara yang paling mudah untuk tune gitar adalah menggunakan Electronic Guitar Tuner. Cara alat ini berfungsi adalah mengesan frekuensi (nada) pada tali gitar.

Alat ini akan memberi isyarat jika frekuensi tali gitar anda tidak sama dengan frekuensi Electronic Guitar Tuner. Apa yang anda perlu lakukan adalah melaras tali gitar anda sehingga mendapat frekuensi yang betul. Di bawah adalah contoh Electronic Guitar Tuner.
Sekarang anda sudah tahu 4 perkara sebelum belajar main gitar. Senang kan?

Selepas ini capai gitar akustik anda, cari ruang untuk belajar, buka buku panduan belajar gitar dan anda sudah boleh mula belajar main gitar :)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar